Friday, October 1, 2010

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN...





Perkembangan bayi dalam kandungan berlaku dalam beberapa peringkat dan tahap.Antara berikut merupakan tahap dan perkembangan bayi dalam kandungan:

PERKEMBANGAN PRANATAL

PROSES KEHAMILAN

> Berlaku apabila ovum disenyawakan oleh sperma.

> 23 kromosom dari sperma bergabung dengan 23 kromosom dari ovum membentuk satu set 46 yang akan terbentuk di setiap sel bayi.

> xx- perempuan

> xy-lelaki

> Jangka waktu kehamilan-38 miggu (lebih kurang 265 hari)

> Terbahagi kepada 3 fasa:

  • Fasa germinal
  • Fasa embriotik
  • Fasa fetal

Fasa Germinal

> Dikenali sebagai zigot (tahap pembenihan).

>Tempoh : 0-2 minggu.

> Pembahagian sel bermula selepas 12 jam persenyawaan.

> Melekat di dinding rahim selepas 4-5 hari persenyawaan.

> keguguran berlaku jika gagal melekat di dinding rahim.


Fasa Embriotik

q Dipanggil embrio.

q Tempoh : 3 minggu- 2 bulan (8 minggu)

q Sistem utama badan seperti jantung dan paru-paru mula membentuk dengan aktif.

q Pembentukan awal sistem otak & organ utama ini penting untuk penyerapan zat-zat makanan & juga perkembangan embrio

q 4 minggu:jantung mula berfungsi mengepam darah

q Akhir bulan ke-2 panjang embrio lebih kurang 1 inci

q Bayi dikelilingi cecair ambiotik

q Makanan dan bahan sisa diambil dan dikeluarkan melalui plasenta


Fasa fetal

>Dipanggil fetus.

>Tempoh:3 bulan – kelahiran.

>Organ utama,jejari,tangan & kaki telah terbentuk.

>Minggu ke-26-28:perkembangan paru-paru.

>Hisap jari,berpusing,sensitif terhadap cahaya dan menggerak-gerakkan kelopak mata.

>Organ dalaman semakin matang,mampu meruskan kehidupan.

>Berat lebih kurang 3kg.

>Bayi telah sedia untuk dilahirkan.



No comments:

Post a Comment