Tuesday, September 21, 2010

FAKTOR-FAKTOR KECACATAN BAYI

v Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami kecacatan?

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami kecacatan antaranya ialah:

ü Kesihatan ibu mengandung

Kesihatan ibu mengandung amat penting kerana kesihatan ini boleh mempengaruhi janin dalam kandungan .Ibu yang suka merokok,di bawah pengaruh dadah,mengandung pada usia terlampau muda serta menghidap penyakit rubella berkemungkinan akan memberi kesan perkembangan negatif pada janin dan akan menyebabkan kecacatan.

ü Pemakanan

Perkembangan janin dalam kandungan boleh terjejas tanpa pengawalan serta penjagaan pemakanan yang seimbang.Ibu mengandung digalakkan mengambil makanan yang mengandugi cukup protein,karbohidrat,zat galian dan sayuran bagi membantu pertumbuhan janin.Pengabaian boleh mengakibatkan bayi dalam kandungan mengalami kecacatan.

ü Usia ibu mengandung

Ibu-ibu yang mengandung pada usia yang sangat lewat juga berisiko melahirkan bayi sindrom Down.Berdasarkan kajian pakar-pakar perubatan,satu daripada 600 kalangan ibu mengandung pada usia lewat 40 melahirkan anak sindrom Down atau terencat akal.

ü Rawatan sinar-X

Rawatan sinar-X yang dijalankan ke atas ibu mengandung ketika usia kandungan bawah empat bulan boleh mengundang risiko kecacatan akal,tempurung kepala,buta dan sebagainya sekiranya rawatan yang berlebihan diterima.Ibu-ibu mengandung perlu peka terhadap setiap rawatan yang diterima.

ü Tekanan psikologi

Pengeluaran hormon adrenalin yang berlebihan yang memasuki saluran darah janin akibat tekanan psikologi yang dialami oleh ibu-ibu yang mengandung boleh menjejaskan pertumbuhan janin dalam kandungan

ü Pengambilan alcohol dan ubat-ubatan semasa hamil

Tiada jumlah selamat banyak mana alkohol boleh diminum semasa mengandung. Sebaik-baiknya ia dihindarkan sama sekali kerana ia boleh menyebabkan kecacatan mental, kecacatan jantung, anggota badan dan sendi.Banyak ubat-ubatan memberikan kesan pada janin dan tidak banyak kajian dibuat terhadap ubat-ubatan di pasaran terhadap janin yang dikandung. Ibu-ibu mestilah memberitahu doktor, doktor gigi dan ahli farmasi jika anda rasa anda mengandung, sekalipun ubat-ubatan tersebut menjadi satu kebiasaan bagi mereka yang tidak mengandung.