Friday, August 6, 2010

Apa itu perkembangan?

Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif.Bayi dalam kandungan juga mengalami tahap perkembangan mengikut peringkat-peringkat.Apabila mereka lahir proses perkembangan akan terus berlaku dari peringkat bayi,kanak-kanak,remaja dan seterusnya dewasa.Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar pastinya setiap perkembangan kanak-kanak menjadi kenangan indah dalam hidup.Saat mereka mula tersenyum,mula meniarap,bertatih dan berjalan pasti menjadi detik-detik terindah dalam hidup anda.Kanak-kanak akan mengalami lima peringkat utama perkembangan kanak-kanak iaitu peringkat bayi,peringkat awal kanak-kanak,peringkat lewat kanak-kanak,peringkat awal remaja dan peringkat remaja.Perkembangan ini meliputi empat aspek utama iaitu perkembangan fizikal,perkembangan bahasa,perkembangan kognitif dan perkembangan psikososial.

No comments:

Post a Comment