Tuesday, August 10, 2010

Autisme

Autisme boleh diertikan sebagai keadaan di mana kanak-kanak suka bersendirian dalam dunianya sendiri...
Autisme selalunya berkait dengan gangguan komunikasi,interaksi sosial,deria,pola bermain dan perilaku emosi.Autisme boleh dikesan seawal umur 3 tahun.Kanak-kanak autisme juga mengalami terencat akal dalam pelbagai tahap.Punca berlakunya autisme selalu dikaitkan dengan genetik.Kadang kala ia juga disebabkan oleh pengaruh virus yang dihadapi oleh ibu semasa hamil seperti rubela,herpes,pendarahan atau keracunan makanan yang memberi kesan kepada fungsi otak bayi.Masalah pencernaan juga dikenal pasti sebagai punca autisme.Lebih 60% kanak-kanak autisme menghadapi masalah pencernaan...

Friday, August 6, 2010

Apa itu perkembangan?

Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif.Bayi dalam kandungan juga mengalami tahap perkembangan mengikut peringkat-peringkat.Apabila mereka lahir proses perkembangan akan terus berlaku dari peringkat bayi,kanak-kanak,remaja dan seterusnya dewasa.Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar pastinya setiap perkembangan kanak-kanak menjadi kenangan indah dalam hidup.Saat mereka mula tersenyum,mula meniarap,bertatih dan berjalan pasti menjadi detik-detik terindah dalam hidup anda.Kanak-kanak akan mengalami lima peringkat utama perkembangan kanak-kanak iaitu peringkat bayi,peringkat awal kanak-kanak,peringkat lewat kanak-kanak,peringkat awal remaja dan peringkat remaja.Perkembangan ini meliputi empat aspek utama iaitu perkembangan fizikal,perkembangan bahasa,perkembangan kognitif dan perkembangan psikososial.